logo_final.jpg

Anugerah CSR Perdana Menteri merupakan sebuah anugerah berprestij yang dipelopori oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memberi pengiktirafan kepada warga korporat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat/Corporate Social Responsibilities masing-masing.

Pada hari ini, warga korporat turut merasai serta memperakui kepentingan dan keperluan bagi mengintegrasikan CSR ke dalam peranan, pelaksanaan, mahupun dalam proses membuat keputusan serta aspek-aspek pembangunan operasi mereka. Penilaian dan kebergantungan terhadap masyarakat dan orang ramai semata-mata selaku pengguna dalam pasaran juga telah berubah. Masyarakat menjadi sumber penentu kepada pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang syarikat berdasarkan bukan hanya kepada keupayaan syarikat untuk terus mengekalkan proses-proses dan sumber-sumber tetapi juga nilai tanggungjawab mereka dalam menjamin dan mengutamakan kesejahteraan masyarakat.

Untuk itu, Anugerah CSR Perdana Menteri ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi negara kepada organisasi korporat yang memberi, menyumbang dan menjiwai tanggungjawab sosial ini sehingga membawa kepada perubahan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Program CSR yang dizahirkan melalui anugerah ini adalah anugerah ideal kepada warga korporat dalam meneruskan iltizam dan komitmen terhadap masyarakat dan persekitarannya.

Hantarkan borang penyertaan kamu sebelum September 30 2007 untuk dipertimbangkan untuk anugerah CSR Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

government-crest.jpg wanita-logo.jpg