Berita Harian 1 Disember 2010

MUHYIDDIN menyampaikan Anugerah CSR Perdana Menteri 2010 kepada Mohd Ashraf (kanan) sambil diperhatikan Shahrizat, di Kuala Lumpur, malam semalam
Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Sunway memenangi kategori Pendidikan; Malakoff Corporation Bhd (Alam Sekitar), Kumpulan CIMB (Kebudayaan dan Warisan, serta Komuniti dan Kebajikan Sosial), Saito College Sdn Bhd (Syarikat Kecil), Telekom Malaysia Bhd (Amalan Di Tempat Kerja) dan L’oreal Malaysia Sdn Bhd (Memperkasa Wanita).
Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Datuk Mohd Ashraf Abdullah menerima hadiah bagi pihak Media Prima.
Muhyiddin berkata, jika syarikat ingin terus memperoleh keuntungan jangka panjang, ia perlu mengubah fokus daripada keuntungan kewangan semata-mata kepada turut mengambil kira kebajikan kakitangan serta masyarakat setempat.
Sementara pada majlis berasingan, Muhyiddin meminta peneroka FELDA tidak terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak tertentu berikutan banyak isu ditimbulkan pihak yang berkepentingan sendiri kebelakangan ini.
“Tindakan ini juga mempunyai agenda politik sempit bertujuan menjatuhkan imej kerajaan,” katanya pada majlis Semai Bakti 2010 untuk mengiktiraf sumbangan kakitangan dan ketua peneroka terhadap kemajuan FELDA, di Dewan FELDA, di sini.



